Monday, March 1, 2010

Introduction to AIDS Action & Research Group (AARG) at Universiti Sains Malaysia, Penang

INTRODUCTION
The HIV/AIDS pandemic is now well recognized as a major social problem in Malaysia. The statistics report over 80,000 cases of HIV infection in Malaysia represents a substantial increase since the first Malaysian case was detected in 1986. The spread of HIV infection has caused concern as well as fear among various sectors of the population. Many people are ignorant/misinformed about the causes of HIV/AIDS, the sources and methods of infection and the way in which HIV is transmitted. Most people also lack the knowledge, skills and techniques needed to deal with people living with HIV/AIDS (PLWHAs).


This lack of knowledge, techniques and management skills in dealing with HIV/AIDS has contributed to the spiraling problems of fear, labeling, stigma and discrimination associated with HIV/AIDS. there is an urgent need to promote HIV/AIDS education and prevention techniques to the community. This will correct the misinformation and reduce the fear and ignorance about HIV/AIDS. It will also enable people to actively prevent the spread of HIV infection through effective prevention measures including the practice of safer sex and a healthy lifestyle.

Community commitment and involvement is vital in the fight against the HIV/AIDS pandemic. The AIDS ACTION & RESEARCH GROUP based in The School of Social Sciences at Universiti Sains Malaysia has been established since 1994. Members of AARG consist of academic and non-academic staff who are dedicated to preventing the spread of HIV/AIDS and helping those infected and affected by HIV/AIDS. The group has expertise in various fields of knowledge including Social Work, Sociology, Psychology, Counseling, Public Health, Mass Communications, Accounting, Demography, Economics, Law, Criminology, Drug Research and Rehabilitation, Management, Languages, Medicine, Nursing and Industrial Relations.

By engaging in various research, education and training as well as community action activities, this group contributes to the nation's efforts in dealing with the related problems, as indicated in the following objectives:

OBJECTIVES:
1. To give accurate information about HIV/AIDS.
2. To provide educational training in all aspects regarding HIV/AIDS.
3. To cooperate with all parties in reducing HIV/AIDS infections in Malaysia.
4. To act as social activists in fighting stigma and discrimination towards HIV/AIDS.
5. To conduct research on issues concerning the biopsychosocial aspect of HIV/AIDS.

ACTIVITIES
To attain these objectives, AARG is involved in the following activities and services:
1. To organize programs such as workshops, seminars, forums, exhibitions and dialogues about HIV/AIDS.
2. To conduct HIV/AIDS community programs.
3. To assist all parties about social development issues, prevention, preservation and treatment of HIV/AIDS.
4. To provide and alert people about issues related to stigma and discrimination towards HIV/AIDS.
5. To conduct research on HIV/AIDS.
6. To provide HIV/AIDS Hotline telephone counselling services.

Contact Information:
AIDS Action & Research Group
School of Social Sciences
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia
Tel: (04) 6533955
Fax: (04) 6565984
Email: aargusm@po.jaring.my
HIV/AIDS Hotline: (04) 6565984 (Mon - Fri 10am - 4pm)


PENGENALAN
HIV/AIDS telah diakui sebagai masalah sosial yang utama pada masa sekarang di Malaysia. Menurut perangkaan, terdapat lebih daripada 80,000 kes jangkitan HIV di negara ini. Ini menunjukkan satu peningkatan yang ketara sejak penyakit ini mula ditemui di Malaysia pada tahun 1986. Kemunculan HIV ini telah menimbulkan perasaan takut dan bimbang di kalangan penduduk. Kebanyakan masyarakat Malaysia tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang HIV/AIDS dan punca bagaimana ia boleh merebak. Kebanyakan penduduk juga kurang pengetahuan, kepakaran dan teknik yang diperlukan untuk berhadapan dan menguruskan orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA).

Kejahilan tentang ilmu, teknik dan kemahiran menguruskan HIV/AIDS telah menyebabkan ramai yang berasa takut, mempunyai sikap stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA). oleh itu, pendidikan HIV/AIDS penting kepada masyarakat. Pendidikan HIV/AIDS boleh membetulkan masalah salah anggap, penyalahgunaan maklumat, di samping mengurangkan perasaan takut dan kejahilan berhubung dengan HIV/AIDS. Ini juga membolehkan orang ramai turut serta secar aktif dalam usaha mencegah merebaknya HIV/AIDS melalui langkah-langkah pencegahan termasuk mempraktikan amalan-amalan seks yang lebih selamat dan cara hidup yang sihat.

Penyertaan dan penglibatan orang ramai adalah penting dalam usaha memerangi HIV/AIDS. KUMPULAN BERTINDAK DAN PENYELIDIKAN AIDS yang bertempat di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1994. Ahli-ahlinya merangkumi kakitangan akademik yang mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk Kerja Sosial, Sosiologi, Kesihatan Awam, Kaunseling, Komunikasi, Demografi, Undang-undang, Kriminologi, Perubatan, Kejururawatan dan Perhubungan Industri.

Melalui penyelidikan, pembelajaran dan latihan serta aktiviti tindakan sosial, kumpulan ini memberi sumbangan kepada usaha kerajaan dalam mengawal masalah HIV/AIDS di negara ini. Antata objektifnya adalah seperti berikut:

OBJEKTIF:
1. Memberi maklumat yang betul tentang HIV/AIDS.
2. Menyediakan program-program latihan kepada semua isu yang berkaitan dengan HIV/AIDS.
3. Bekerjasama dengan semua pihak dalam mengurangkan jangkitan HIV/AIDS di Malaysia.
4. Bertindak sebagai aktivis sosial dalam memerangi stigma dan diskriminasi.
5. Menjalankan penyelidikan keatas isu-isu yang berkaitan dengan aspek-aspek biopsikososial tentang HIV/AIDS.

AKTIVITI
Untuk mencapai objektif-objektif di atas, AARG menjalankan aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
1. Menjalankan bengkel, seminar, forum, pameran, ceramah dan diolog tentang HIV/AIDS.
2. Melaksanakan program-program komuniti HIV/AIDS.
3. Membantu semua pihak dalam isu-isu pembangunan sosial, pencegahan, pemulihan dan rawatan terhadap HIV/AIDS.
4. Memberi dan menyedarkan semua pihak tentang isu-isu yang berkaitan dengan stigma dan diskriminasi.
5. Menjalankan penyelidikan tentang HIV/AIDS.
6. Menyediakan HIV/AIDS Hotline.

Sila hubungi:
Kumpulan Bertindak & Penyelidikan AIDS
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia
Tel: (04) 6533955
Fax: (04) 6565984
Email: aargusm@po.jaring.my
HIV/AIDS Hotline: (04) 6565984 (Isnin - Jumaat 10pagi - 4petang)

1 comment:

  1. How to Make Money from Betting on Sports Betting - Work
    (don't worry if หารายได้เสริม you get it wrong, febcasino.com though) https://febcasino.com/review/merit-casino/ 바카라 The process involves placing bets on different events, but it can also be done by using wooricasinos.info the

    ReplyDelete